January 30, 2016

Warna Lipstick Sesuai untuk Natural Make Up

Warna Lipstick Sesuai untuk Natural Make Up

Assalamualaikum semua..
nak cerita skit... skrg ni kalau korang tgok ramai yg suka Natural Make Up...  termasuk aku...  skrg ramai yg suka benda simple...  easy touch and go.. hehehe
aku nk tunjuk kat korang warna -  warna lipstik yang sesuai utk Natural Make Up..  ðŸ˜€ðŸ˜€ðŸ˜€ðŸ˜€


Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai wanita yang menggemari teknik solekan natural atau natural make up technique yang lebih minimal dan ‘fresh’. Sehinggakan teknik solekan ini juga sering menjadi pilihan para pengantin di hari perkahwinan mereka. Berbeza dengan situasi dahulu yang rata-rata wanita mengenakan solekan yang tebal terutama sekali ketika majlis-majlis istimewa seperti perkahwinan atau jamuan makan malam. Peningkatan popularity natural make up ini menandakan bahawa solekan tebal sudah tidak relevan lagi dan membuktikan wanita kini lebih berkeyakinan.
 Basically, teknik natural make up ini tidak terlalu mengubah wajah seseorang itu tetapi hanya membantu untuk menjadikan rupa paras kelihatan lebih berseri. Oleh kerana itu, penggunaan barangan solek seperti warna blusher, eyeshadow dan lipstick juga biasanya dipilih daripada tona warna lembut atau soft tone seperti earth colours dan pastel colours. So berbalik kepada tajuk entri, tahukah anda apakah
warna lipstick natural  yang paling sesuai dipakai untuk teknik solekan ini?



Pertama sekali adalah lipstick berwarna pink matte atau light pink. Ia sesuai dipakai oleh wanita yang mempunyai tona kulit yang cerah.


Bagi wanita yang berkulit sedikit gelap pula, anda  boleh mengenakan lipstick berwarna nude atau beige seperti berikut untuk penampilan yang natural.





Dan bagi pemilik kulit yang sawo matang, pakailah lipstick berwarna light peach seperti berikut untuk mendapatkan kontra warna yang sepadan.

ok korang dah tau bukan.. so lepas boleh dah korang nk beli Lipstik yg sesuai ngn kulit korang..  jgn korang beli colour yang xsesuai ngn korang..  lain plak jadinnya..
ilmu utk aku ilmu utk korang jugak...
ok la tu j la coretan aku utk hari ni..  ok guyss see u soon..  ðŸ˜ŠðŸ˜€

4 comments:

  1. Suka warna pink tp bila sapu kt bibir je jd kering..mmg tak pndi pki lipstik..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ika xsuka lipstik tapi semenjak pakai nyx..tersuka la plk..hehehe

      Delete
    2. dulu ika xsuka lipstik tapi semenjak pakai nyx..tersuka la plk..hehehe

      Delete

.: